| Event Date | 11-10-2025 |
11 Oktober 2025, Kuala Lumpur - YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara telah merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2025 bertempat di TownPark, MyTown.
Dalam ucapannya, YB turut menyatakan bahawa kita dapat melihat masjid, tokong, gereja, dan kuil berdiri bersebelahan antara satu sama lain. Kita dapat menikmati kepelbagaian makanan tradisi dari pelbagai kaum, dan kita juga boleh meraikan perayaan berbeza dalam suasana muhibah. Inilah wajah unik Malaysia bahawa perpaduan tidak bermaksud semua mesti sama, tetapi kita menerima perbezaan sebagai kekuatan yang menyatukan kita.
Kementerian Perpaduan Negara sentiasa komited untuk menerajui usahausaha yang memupuk nilai kebersamaan ini. Melalui program pendidikan perpaduan di sekolah-sekolah, aktiviti interaksi komuniti, serta dialog antara agama dan kaum, kita berharap agar generasi muda Malaysia akan lebih memahami dan menghargai kepelbagaian yang ada.