| Event Date | 03-06-2025 |
3 Jun 2025, Terengganu - YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah melaksanakan tinjauan ke Pejabat Perpaduan Negeri Terengganu dan RT Progresif Kampung Telaga Batin, Terengganu.
Tinjauan ini bagi memastikan pelaksanaan program berjalan mengikut jadual dan memenuhi piawaian dan kualiti yang ditetapkan.
Turut diadakan, sesi pembentangan Projek Smart Farming merupakan inisiatif strategik yang menggabungkan teknologi moden seperti Internet of Things (IoT), sensor pertanian, dan analisis data masa nyata bagi meningkatkan kecekapan pengurusan ladang. Melalui pendekatan ini, pengeluaran hasil pertanian dapat dioptimumkan dengan penggunaan sumber yang lebih lestari dan berkesan.