22 Januari 2025, Kuala Lumpur - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menyempurnakan Majlis Malam Gemilang Anjung Bestari@PNM di Bangunan Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), hari ini.
Majlis ini diadakan sebagai simbolik kepada penyerahan Projek Pemusatan Perkhidmatan Perpustakaan daripada tiga (3) bangunan berbeza kepada semua perkhidmatan di bawah satu bumbung (all services under one complex) iaitu di Bangunan Anjung Bestari.
