19 Februari 2025, Putrajaya - Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) Bilangan 1/2025 telah dipengerusikan secara bersama oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara dan YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Mesyuarat ini merupakan platform bagi membincangkan mengenai usaha-usaha pengukuhan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa, agama dan budaya di Malaysia.
