12 Mac 2025, Putrajaya – YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah mengadakan Lawatan Kerja ke Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional.
Hari ini, Tadika Perpaduan, Blok F1,SPA turut menerima kunjungan istimewa daripada YBhg. Datuk yang berkesempatan berinteraksi dengan guru dan anak-anak kecil yang ceria!
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Perpaduan Negara dalam memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak dan memperkasakan nilai perpaduan sejak usia muda.
