17 Mac 2025, Sabah – YBhg. Datuk Haji Ruji bin Hj Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, telah hadir merasmikan Program Masak Bubur Lambuk Perpaduan sempena lawatan beliau ke Daerah Tuaran.
Program ini telah diadakan dengan jayanya bersama warga KRT di perkarangan Masjid At-Takwa, KRT Perumahan Laya-Laya, Tuaran, Sabah sebagai simbol perpaduan dan kebersamaan masyarakat setempat. Bubur lambuk bukan sekadar juadah tradisi, tetapi juga instrumen perpaduan yang menyatukan rakyat pelbagai kaum dalam semangat gotong-royong dan keharmonian. Aktiviti memasak dan mengagihkan bubur lambuk ini mencerminkan nilai muafakat serta memperkukuh hubungan silaturahim dalam komuniti.
