SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Home Arrow Media Arrow Media Collection Arrow Photo Arrow 2025 Arrow Koleksi Media Arrow Galeri Foto Arrow foto mei 2025 Arrow Seminar Hari Muzium Antarabangsa Malaysia 2025

18 Mei 2025, Kuala Lumpur - Kementerian Perpaduan Negara (KPN)  melalui Jabatan Muzium Malaysia (JMM) telah menganjurkan Seminar Hari Muzium Antarabangsa Malaysia 2025. Majlis perasmian seminar  telah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri  Perpaduan Negara di M Resort & Hotel, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Bertemakan ‘The Future of Museums in Rapidly Changing Communities’, seminar ini merupakan anjuran JMM, Majlis Muzium Antarabangsa Malaysia (ICOMMAL) dan Lembaga Muzium Negeri Kedah. Seminar ini merupakan sebahagian daripada usaha JMM untuk memperkukuh peranan muzium sebagai institusi yang relevan dan memberi impak kepada pembangunan sosial, ekonomi, dan budaya baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

 Tiga sub-tema utama telah dipilih dalam seminar ini iaitu Intangible Heritage, Youth Power, dan New Technologies yang telah mengupas cabaran dan peluang untuk muzium beradaptasi dalam dunia yang cepat berubah. Selain itu, seminar ini turut menyediakan platform untuk perkongsian pengetahuan antara profesional muzium serantau dan antarabangsa sertamemperkukuh rangkaian kerjasama antarabangsa dalam bidang permuziuman.

Dalam ucapannya, YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara berkata “Muzium bukan sekadar tempat menyimpan artifak; ia menyediakan tempat bagi penceritaan, pembentukan identiti, dan penyatuan komuniti. Dengan mendukung transformasi digital, kita bukan sahaja memelihara warisan lalu, malah turut membentuk masa depan kita.”

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In