SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Home Arrow Media Arrow Media Collection Arrow Photo Arrow 2025 Arrow Koleksi Media Arrow Galeri Foto Arrow foto mei 2025 Arrow Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kuala Tembeling, Jerantut, Pahang

23 Mei 2025, Pahang - YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kuala Tembeling, Jerantut, Pahang sebagai usaha mencapai matlamat pembangunan negara ke arah masyarakat yang inklusif dan mampan, seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Kerajaan MADANI melalui Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah memilih Kampung Kuala Tembeling sebagai Kampung Angkat MADANI KPN dengan peruntukkan sebanyak RM1 juta disediakan bagi 11 projek pembaikan, menaik taraf dan pengubahsuaian fasiliti awam, pusat komuniti serta premis Kerajaan di sekitar kawasan Jerantut.

Kampung Angkat MADANI telah diperkenalkan dalam Belanjawan 2024 bagi menentukan penanda aras terbaik bagi memastikan capaian liputan kemudahan asas dapat ditambah baik dan dipertingkatkan melalui  pendekatan Whole Of Government.

Sebanyak 43 buah kampung telah menerima manfaat daripada pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI 2024 dan pada tahun  ini Program Kampung Angkat MADANI diteruskan lagi dengan sasaran sebanyak 200 buah kampung seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM200 juta disediakan oleh Kerajaan MADANI bagi memberi manfaat terutamanya kepada masyarakat di luar bandar.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In