12 Julai 2025, Terangganu – YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara meluangkan masa meninjau aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan di reruai KPN dan beramah mesra bersama petugas-petugas daripada Kementerian dan Agensi.
Seusai lawatan ke reruai, YBhg. Dato’ KSU KPN hadir ke Majlis Perasmian Penutup Program MADANI Rakyat 2025 Terengganu yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
