22 Julai 2025, Sarawak – YB Dato' Sri Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara hadir ke Sambutan Perayaan Hari Sarawak 2025 yang berlangsung dengan cukup meriah di Stadium Tertutup Miri, malam tadi.
Majlis diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama isteri beliau, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, serta Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
