26 Julai 2025, Sarawak – YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara telah menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2025 Peringkat Negeri Sarawak bertempat di Dataran Tun Tuanku Haji Bujang, Sibu.
Sambutan Minggu Perpaduan di Sarawak membawa kesinambungan kepada gelombang perpaduan yang telah digerakkan di peringkat kebangsaan. Program-program yang dianjurkan hari ini sama ada pameran kebudayaan, aktiviti komuniti, sukan rakyat, pameran etnik, dialog antara kaum, aktiviti belia, dan persembahan seni bukan sahaja bertujuan sebagai hiburan, tetapi menjadi saluran untuk memperkukuhkan akar perpaduan.
Turut hadir, YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Pengurusan Tertinggi Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan dan Agensi.
