4 Ogos 2025, Sabah – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menyeru agar lebih banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta syarikat korporat untuk tampil aktif dan berperanan dalam menganjurkan program pembangunan komuniti yang berteraskan perpaduan dan integrasi nasional.Perkara ini diumumkan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara ketika menyempurnakan Majlis Perasmian dan Pelancaran Program Jelajah Perpaduan Kayuhan Sihat Borneo 2025.
Menurut YB Datuk Aaron, “program berteraskan perpaduan dan integrasi nasional harus dijadikan fokus utama dalam pelaksanaan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh syarikat-syarikat di negara ini. Ini kerana perpaduan bukan hanya tanggungjawab kerajaan sematamata, tetapi merupakan usaha kolektif seluruh rakyat termasuk sektor korporat, masyarakat sivil, dan komuniti setempat.”
