23 Ogos 2025, Negeri Sembilan – YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara meluangkan masa meninjau aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan di reruai KPN dan beramah mesra bersama petugas-petugas daripada Kementerian dan Agensi.
Seusai lawatan ke reruai, YBhg. Dato’ KSU KPN hadir ke Majlis Perasmian Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Sembilan yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
