SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Home Arrow Media Arrow Media Collection Arrow Photo Arrow 2025 Arrow Koleksi Media Arrow Galeri Foto Arrow foto sept 2025 Arrow Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka 2025

11 September 2025, Melaka – Rukun Negara menyediakan landasan nilai yang dapat membimbing rakyat untuk hidup secara harmoni dalam masyarakat yang pelbagai agama, budaya dan bangsa. YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara menzahirkan perkara tersebut semasa menyampaikan ucapan di Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka 2025 di MITC Melaka hari ini.

YB Datuk Aaron Ago Dagang menegaskan bahawa setelah lebih lima dekad penggubalan Rukun Negara masih kekal relevan sebagai tunjang perpaduan dan identiti nasional. Generasi hari ini berperanan sebagai pewaris yang bukan sekadar menghafal prinsipnya tetapi menghayati serta mengamalkannya dalam setiap aspek kehidupan agar ia menjadi kompas moral dan pedoman bangsa yang kekal segar merentas zaman.

Penganjuran pada kali ini telah menerima 9,321 penyertaan yang terdiri daripada lima kategori iaitu Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Institusi Pendidikan Tinggi, Bukan Melayu dan Awam.

Turut hadir, TYT Tun Seri Setia Dr Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka, YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Pengurusan Tertinggi Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan dan Agensi.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In