5 November 2025, Kuala Lumpur - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara hadir ke Fabrics of ASEAN: The Eternity of Weaving anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium Malaysia, yang telah disempurnakan oleh YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail.
Pameran ini menampilkan keindahan seni tenunan dan tekstil tradisional dari negara-negara ASEAN yang mencerminkan semangat kebersamaan serantau. Setiap helaian fabrik bukan sekadar karya seni, tetapi simbol kehalusan budaya, ketekunan serta nilai persahabatan yang menghubungkan kita sebagai satu keluarga ASEAN.
