8 November 2025, Kuala Lumpur - Majlis perasmian program Art Show: Muzik, Seni, Pendidikan dan Uniti 2025 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohamad Azhan bin Md Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Perpaduan Negara di Dataran Muzium Negara, hari ini. Program Art Show: Muzik, Seni, Pendidikan dan Uniti 2025 adalah program jangkauan dalam (inreach) Muzium Muzik yang kini memasuki tahun ketiga penganjurannya, dan terus mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai pihak termasuk institusi pendidikan tinggi, agensi kerajaan, penggiat seni serta komuniti setempat.
Tahun ini, program berlangsung antara Muzium Muzik dengan rakan kolaboratif; antaranya Universiti Teknologi MARA (UiTM), Muzium Pahang dan Pusat Latihan Muzik Tentera Darat (PUZIDA). Program Muzik Art Show 2025 menggabungkan empat elemen utama iaitu Muzik, Seni, Pendidikan Uniti (Perpaduan) yang menonjolkan kepelbagaian warisan muzik Malaysia termasuk seni persembahan dan teknologi kreatif, penerapan nilai ilmu dan pembelajaran dalam seni.
Pelbagai aktiviti menarik telah sediakan kepada para pengunjung yang hadir iaitu Pameran Art Show menampilkan Pameran Karya Pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Pameran Koleksi Alat Muzik Gamelan dan Koleksi Bagpipe dan Bugle yang telah bermula dari 15 Oktober 2025 hingga 31 Disember 2025.
