22 April 2025, Kedah - Sebagai satu usaha berterusan untuk menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah menganjurkan Program Jom Baca 10 Minit 2025 dan Baucar Buku Semarak Membaca 2025 sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.
Majlis Perasmian program telah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara di Central Square, Sungai Petani, Kedah. YB Datuk Aaron Ago Dagang dalam ucapannya berkata, “budaya membaca wajar dijadikan sebagai satu gaya hidup dalam kalangan rakyat Malaysia. Amalan membaca adalah langkah pertama kepada segala kemajuan dan menjadikan manusia lebih berdaya maju dan matang.
Tambah beliau lagi, kemajuan negara dan ketamadunan bangsa dapat dikembangkan dan dipertingkatkan jika bangsa itu berfikiran tinggi yang lahir daripada amalan membaca.”
