04 Oktober 2024, Kuala Lumpur - YBhg Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah mewakili YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara, menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Baca Perdana 2024 hari ini di Pusat Beli Belah MyTown, Kuala Lumpur.
Program anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ini bertujuan untuk mempromosikan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia dan menyatukan komuniti dalam sebuah karnival yang bukan sahaja memberi fokus pada budaya membaca tetapi juga mengandungi elemen perpaduan dan semangat kekitaan.
