29 Oktober 2024, Kuala Lumpur - Kementerian Perpaduan Negara melalui Arkib Negara Malaysia menganjurkan Sambutan Hari Warisan Audiovisual Sedunia 2024 dalam usaha menyebarluas kepentingan audiovisual ke peringkat nasional. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohamad Sobri Bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.
"Your Window To The World" diangkat sebagai tema pada tahun ini seiring dengan rakaman dokumentari sebagai platform yang membuka akses kepada informasi dan perspektif global. Majlis perasmian turut diisi dengan Forum Perpaduan Bangsa Melalui Lensa Dokumentari yang melibatkan tokoh-tokoh daripada pelbagai latar belakang industri.
