13 Februari 2025, Selangor - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara turut hadir sama dalam Majlis Meraikan Forum Komuniti PPR Lembah Subang 1 yang dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.
Forum ini juga selaras dengan Gagasan Malaysia MADANI yang diketengahkan oleh YAB Perdana Menteri dalam memastikan pembangunan yang inklusif dan saksama, di mana setiap lapisan masyarakat dapat merasai manfaat daripada dasar dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan.
