17 Februari 2025, Kuala Lumpur - Majlis Polemik Sejarah Malaysia Sesi Ke-53 “Kampong Bharu, Kuala Lumpur: Warisan Sejarah Atau Transformasi Masa Depan?” telah diadakan sebagai usaha untuk merungkai fakta sejarah yang masih menjadi polemik dalam masyarakat dan negara.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini. Majlis ini merupakan usaha dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Arkib Negara Malaysia dengan kerjasama Perpustakaan Kuala Lumpur bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
