9 Ogos 2025, Selangor – YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara hari ini telah menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia di Tadom Hill Resorts, Banting.
Sambutan ini diraikan setiap tahun sebagai penghormatan kepada identiti, budaya, sumbangan dan hak-hak Orang Asal yang merupakan satu daripada komponen penting dalam kepelbagaian bangsa dan budaya di Malaysia.
Dengan tema “Pertahankan Bumi, Pulihkan Tanah, Hijauan Semula Masa Depan Melalui Kearifan Orang Asal”, tema ini mengajak rakyat Malaysia untuk mengiktiraf kearifan masyarakat Orang Asal dalam menjaga alam sekitar dan warisan bumi, sekaligus menyuntik nilai tanggungjawab masyarakat terhadap alam sekitar.
YB Datuk Aaron Ago Dagang dalam ucapannya berkata, “Kerajaan MADANI sentiasa mengiktiraf masyarakat Orang Asal sebagai sebahagian penting dalam pembentukan identiti negara serta memelihara kepelbagaian budaya yang menjadi aset kekuatan rakyat Malaysia”.
