12 April 2025, Perak - Kerajaan MADANI melalui Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Persatuan Siam Malaysia (PSM) telah menganjurkan Perayaan Songkran Peringkat Kebangsaan di Dewan Songkran Kampung Tasek, Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan.
Program ini merupakan perayaan yang disambut setiap tahun oleh etnik minoriti Bumiputera Siam bagi menandakan kedatangan tahun baharu yang penuh dengan kesyukuran dan kegembiraan yang selari dengan nilai MADANI iaitu kesejahteraan dan hormat.
YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara dalam ucapannya berkata “Songkran memberikan peluang untuk kita mengenali dan menghargai tradisi masyarakat Siam yang telah wujud sejak sekian lama. Tradisi ini bukan sahaja memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang kehidupan masyarakat Siam, tetapi juga mengajak kita untuk lebih menghargai nilai-nilai murni seperti kasih sayang dan hormat-menghormati dalam kehidupan seharian’’.
