14 September 2024, Sabah - YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah merasmikan Malam Ini Warisan Kita & Majlis Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Sabah 2024 Peringkat Komuniti bertempat di Kampung Kimbunut, Moyog, Penampang, Sabah.
Program Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Sabah 2024 melibatkan seramai 100 orang pemimpin Sukarelawan Siswa daripada 56 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara yang telah berlangsung pada 1 September hingga 18 September 2024.
Turut hadir, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara, Pengurusan Tertinggi Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan dan Agensi.
