28 September 2024, Pahang - Jabatan Muzium Malaysia menerusi Muzium Sungai Lembing telah menganjurkan Majlis Perasmian Program Semarak@Muzium Sungai Lembing yang telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara di pekarangan Muzium Sungai Lembing hari ini.
Penganjuran Program Semarak@Muzium Sungai Lembing ini merupakan program kemasyarakatan berkonsepkan muzium bersama komuniti yang menjadi platfrom strategik dan usaha progresif pihak Jabatan Muzium Malaysia dalam mengangkat dan memartabat pelbagai warisan tradisi, seni, budaya, serta sejarah negara khususnya di Sungai Lembing.
