12 Disember 2024, Selangor - YB Senator Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara telah mengadakan sesi menyantuni pelajar- pelajar SPM SMK Rantau Panjang, Bestari Jaya, Selangor yang tinggal di Ladang Mary dan Ladang Bukit Tagar. Sesi tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat sekolah dengan bantuan JPNIN Selangor.
Kedua-dua ladang ini merupakan kampung angkat YBTM di bawah program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI). Tujuan utama YBTM mengadakan perjumpaan ini adalah untuk mendengar sendiri cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelajar-pelajar berkenaan bagi kehadiran ke sekolah serta membincangkan seminar pecutan akhir SPM dengan kerjasama Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS). Harapan YBTM adalah seminar tersebut dapat membantu pelajar-pelajar berkenaan mendapat keputusan yang lebih dalam peperiksaan SPM.
