11 Oktober 2024, Putrajaya - YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara telah menerima kunjungan hormat daripada Chairman of the State Commitee on Work with Diaspora daripada Republik Azerbaijan, TYT Dr. Fuad Muradov berserta delegasinya pada pagi ini.
Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan untuk meluaskan kerjasama dalam konteks Perpaduan di antara Malaysia dan Republik Azerbaijan.
