10 Mac 2025, Putrajaya – Ybhg. Datuk Haji Ruji Bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara secara rasmi telah melaporkan diri di Kementerian Perpaduan Negara pada pagi ini.
Ketibaan YBhg. Datuk telah disambut oleh Pengurusan Tertinggi, Setiausaha-setiausaha Bahagian dan warga Kementerian Perpaduan Negara.
Seluruh warga KPN sekali lagi ingin mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas dengan jayanya.
