8 Mac 2025, Terengganu – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu telah menganjurkan Program Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2025 yang disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara di Dewan Sivik Kerteh, Terengganu Darul Iman.
YB Datuk Aaron Ago Dagang berkata, “program ini merupakan anjuran kali keempat yang dianjurkan secara serentak di seluruh negara dan pada tahun ini, sebanyak lebih 1,312,000 bekas bubur lambuk telah diedarkan secara serentak di seluruh negara oleh Kementerian melalui lebih 3280 Kawasan Rukun Tetangga (KRT).”
