10 Mei 2025, Selangor - YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara mewakili Menteri Perpaduan Negara telah menyempurnakan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Telugu (Ugadi Fest) Peringkat Kebangsaan 2025 bertempat di Akademi Telugu Malaysia Rawang.
Program anjuran Persatuan Telugu Malaysia ini adalah bagi meraikan Sambutan Tahun Baru Telugu (Ugadi Fest) di samping memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai warisan dan budaya masyarakat Telugu di Malaysia.
