28 Mei 2025, Perlis - Majlis Perasmian Program Cakna Pengurusan Rekod Awam 2025 - Ke Arah Pemerkasaan Pengurusan Rekod Sektor Awam telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara di Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis. Hadir sama ialah YBrs. Encik Rusdi bin Yahya Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan).
Program Cakna Pengurusan Rekod Awam 2025 yang dianjurkan selama 2 hari bermula pada 28 hingga 29 Mei 2025 dihadiri seramai 300 peserta dari pelbagai jabatan dan agensi dari seluruh Negeri Perlis dan Kedah.
Semoga dengan penganjuran Program Cakna ini dapat memberikan pengetahuan terkini kepada semua peserta mengenai Pengurusan Rekod Awam seperti Pendigitalan Pengurusan Rekod, Pelupusan Rekod, Kepentingan Pemindahan Rekod Awam, Pendigitalan Pengurusan Rekod dan Pelaksanaan Digital Document Management System (DDMS) di Sektor Awam.
