5 Julai 2025, Terengganu – YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah turun padang ke pejabat JPNIN Terengganu bagi meninjau pelaksanaan program yang bakal dilaksanakan pada tahun 2025 serta menyantuni warga kerja.
Seusai tamat lawatan, beliau turut menyempurnakan Majlis Perasmian Program Eksplorasi Perpaduan Satelit MADANI Rakyat 2025 Terengganu.
Pelbagai aktiviti menarik dan interaktif telah diadakan bagi pengunjung yang hadir sepanjang program berlangsung selaras dengan konsep Harmoni Dalam Kepelbagaian.
