4 Ogos 2025, Sabah – YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah mengadakan sesi Ramah Mesra bersama (KRT) Kg. Lompozou, Matunggong.
YB Menteri turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen dan usaha berterusan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli KRT dalam memelihara keharmonian dan perpaduan dalam komuniti, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. Beliau turut menyeru agar semua pihak terus berganding bahu menjayakan agenda perpaduan nasional demi kesejahteraan
Turut dibincangkan ialah peranan KRT dalam memperkukuh semangat kejiranan, memperkasa keselamatan komuniti melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS), serta memperluaskan kerjasama antara agensi kerajaan dan masyarakat setempat.
