4 April 2025, Melaka - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah memilih Negeri Melaka sebagai lokasi pertama bagi siri jelajah Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) 2025 pada tahun ini.
Majlis kick-off SMP 2025 telah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara di Melaka International Trade Centre (MITC). Sambutan Minggu Perpaduan adalah program di bawah kerangka Kembara Perpaduan Malaysia MADANI.
Program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat perpaduan serta menyebarluas pengetahuan, kefahaman dan penghayatan terhadap kepelbagaian adat dan budaya dalam masyarakat Malaysia.Untuk makluman, tahun ini, Negeri Pulau Pinang telah dipilih sebagai lokasi perasmian SMP peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 16 – 20 Julai 2025.
