SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Home Arrow Media Arrow Media Collection Arrow Photo Arrow 2023 Arrow Koleksi Media Arrow Galeri Foto Arrow foto april 2022
279310523 362134435951190 8843204688171564100 N

23 April 2022, Sarawak -  Program Semarak Perpaduan  telah dianjurkan oleh KRT di sarawak pada hari ini .Aktiviti ini menjadi lebih menarik apabila semua kaum bersatu dalam menyediakan hidangan tradisi bulan Ramadan ini.

Penyertaan secara bergotong-royong daripada ahli KRT pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya dapat membuktikan bahawa kesepakatan dan kaharmonian dalam sesuatu kaum dapat dilestarikan dengan meluangkan masa mengadakan aktiviti bersama.

 

278979832 361427116021922 6329131258002950099 N

26 April 2022, Melaka - Memasak bubur lambuk adalah tradisi bulan Ramadan yang diteruskan zaman berzaman. Aktiviti memasak ini telah melibatkan ahli KRT Melekek Luar, Alor Gajah, Melaka. Sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat oleh kerana sudah dua tahun program mengacau bubur lambuk ini tidak diadakan. Penganjurannya secara tidak langsung dapat mengeratkan ukhwah dan silaturahim antara Ahli Jawatankuasa KRT, Peronda SRS dan komuniti setempat. Indahnya perpaduan Keluarga Malaysia!

 

279096930 3190400951231405 1660676795208049478 N

25 April 2022, Perlis - "Program Semarak Perpaduan : "Masak-Masak Bubur Lambuk, Ikatan Perpaduan Terus Dipupuk" telah diadakan pada 23 April 2022 (Sabtu) bertempat di Pusat Khidmat Dun Mata Ayer.

Terima Kasih kepada YB Puan Siti Berenee binti Yahaya, EXCO Perpaduan Negeri Perlis merangkap ADUN Mata Ayer atas kesudian merasmikan Program Semarak Perpaduan: "Masak-masak Bubur Lambuk, Ikatan Perpaduan Terus Dipupuk". Turut hadir dalam program tersebut ialah YBhg Puan Hanita binti Ahmad, BKM Pengarah Perpaduan Negeri Perlis dan semua Kakitangan / KRT DUN Mata Ayer / SRN / RISI / NGO / JPKK dan pengamal media

 

278691685 360878376076796 7510119481123467067 N

25 April 2022, Johor - Aktiviti bubur lambuk masih aktif dijalankan walaupun telah menginjak 22 Ramadan. Minggu terakhir pada bulan mulia ini masih meriah dengan aktiviti-aktiviti daripada KRT-KRT yang aktif.

Kata Pengerusi KRT Taman Syed Nasir, Tangkak, Johor Tuan Abu Bakar dalam tempoh yang berbaki ini lah yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menjalinkan hubungan silaturrahim dan mengeratkan perpaduan antara rukun tetangga.
 
Aktiviti mengacau bubur lambuk ini berjalan serentak dengan “Program Masak-Masak Bubur Lambuk : Ikatan Perpaduan Terus Diperkukuh” yang diadakan pada Sabtu lalu.

 

278902108 359643616200272 9167134844893955846 N

25 April 2022, Terengganu - Program yang dijalankan pada pagi ini terdiri daripada lebih 3,000 KRT di seluruh Malaysia.

Tidak terkecuali negeri Terengganu Darul Iman. Jentera-jentera KRT bukan sahaja mengimarahkan Program Bubur Lambuk tetapi juga menghias kawasan memasak untuk menyambut Program pada hari ini dengan selesa dan menarik. Terbaik KRT-KRT dari negeri Terengganu di atas semangat dalam melaksanakan Program Semarak Perpaduan ini.

 

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In