- Details
- 875
31 Ogos 2023, Putrajaya -Seramai lebih 100,000 orang membanjiri Dataran Putrajaya bagi menyaksikan acara gilang gemilang Sambutan Hari Kebangsaan 2023.Kehadiran serta sokongan orang ramai dalam acara ini membuktikan semangat patriotik yang kekal subur dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai usia, bangsa, agama dan latar belakang.Tema 'Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan' membuktikan semangat patriotik kekal subur dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai usia, bangsa, agama dan latar belakang.Acara tahunan ini diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan isteri, Yang Amat Berhormat Timbalan-timbalan Perdana Menteri dan isteri serta ahli-ahli Jemaah Menteri.