30 Jun 2024, Perak - Program Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Negeri Perak telah diadakan pada 30 Jun 2024 (Ahad) bertempat di Dataran Ipoh, Ipoh Perak. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan pada sebelah pagi sempena program ini. Antaranya Unity Fun Run, Sukan Kanak-kanak Tabika Perpaduan, Pameran Rumah KAMI, Jualan KRT dan Jualan Rahmah.
Aktiviti-aktiviti ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Sivanesan a/l Achalingam, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Negeri Perak. Turut hadir dalam program pagi ini adalah YBrs. Encik Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha KPN dan Encik Mansor bin Mohd Hashim, Pengarah JPNIN Negeri Perak.