30 Jun 2024, Perak - Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Negeri Perak secara rasminya telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan di Dataran Ipoh.
Turut hadir, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara,YB Tuan Sivanesan a/l Achalingam, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Negeri Perak, YBrs. Encik Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan dan Agensi.