26 Januari 2025, Johor - Kursus Pengukuhan Organisasi Siri 1/2025 (Sektor Pengurusan) telah dilaksanakan pada 24-26 Januari 2025 bertempat di Lotus Desaru Beach Resort & Spa, Johor.
Kursus ini melibatkan penyertaan pegawai di bawah Sektor Pengurusan. Objektif kursus adalah untuk membincangkan perancangan gerak kerja & hala tuju Bahagian di bawah Sektor Pengurusan dan mengeratkan hubungan dan kerjasama berpasukan.
YBrs. Puan Norihan binti Mohamed Naim, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Perpaduan Negara telah hadir sebagai peserta kursus dan seterusnya menyampaikan amanat serta merasmikan majlis penutupan kursus.