SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
| 
icon warga
icon awam
Home Arrow Media Arrow Media Collection Arrow Photo Arrow 2023 Arrow Koleksi Media Arrow Galeri Foto Arrow foto sept 2025 Arrow Majlis Perasmian Program Integrasi Pertukaran Murid Kembara Bahasa Menjulang Budaya Peringkat Antarabangsa

27 September 2025, Perlis – YBhg.Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Integrasi Pertukaran Murid Kembara Bahasa Menjulang Budaya Peringkat Antarabangsa antara SK Kampong Salang Bersama Bankhuan School, Satun, Thailand, SJK Tamil dan SJKC Hwa Aik Tahun 2025.

Ketibaan YBhg. Dato’ KSU Kementerian Perpaduan Negara telah disambut dengan paluan kompang dan persembahan silat oleh murid-murid SK Kampong Salang. Seterusnya Majlis diserikan lagi dengan pelbagai persembahan daripada Bankhuan School, Thailand, SK Kampong Salang, SJK (T) Kangar dan SJK (C) Hwa Aik serta pertunjukkan fesyen kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia.

"Program ini dilaksanakan sebagai usaha tidak langsung ke arah merealisasikan hasrat kerajaan Malaysia untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu dan harmoni, serta memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand."

Turut bersama YBrs.Encik Zaimy bin Shaari, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kolaborasi Strategik Kementerian Perpaduan Negara, YBrs. Puan Suraya binti Wen. mewakili Ketua Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan YBrs. Puan Hanita binti Ahmad, BKM Pengarah JPNIN  Perlis.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In