SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
| 
icon warga
icon awam
Home Arrow Media Arrow Media Collection Arrow Photo Arrow 2023 Arrow Koleksi Media Arrow Galeri Foto Arrow foto sept 2026
WhatsApp Image 2026 09 29 At 124035 1

29 September 2026, Kuala Lumpur - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) mencadangkan agar bulan Oktober setiap tahun dijadikan sebagai bulan membaca dengan pelaksanaan kempen membaca secara lebih tersusun dan menyeluruh. Perkara tersebut diumumkan oleh YB Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara Bilangan 4 Tahun 2026.

Kempen ini selari dengan aspirasi Dekad Membaca Kebangsaan 20202030 untuk menjadikan Malaysia sebagai negara membaca menjelang 2030. Tambah beliau, PNM perlu terus mempergiat Program Galakan Membaca bagi membudayakan amalan membaca dan meningkatkan literasi. PNM perlu meneroka pendekatan lebih kreatif seperti di luar negara antaranya book cafe dan reading club, kempen membaca bersama pencipta kandungan dan influencer bagi menarik minat generasi muda. 

Menurut Aaron, berdasarkan Indeks Membaca Kebangsaan (IMK) yang dilaksanakan oleh PNM, sehingga 7 September 2026, seramai 6,649 responden telah menyertai Kajian Awal IMK 2026, dengan dapatan sementara menunjukkan 95% merupakan pembaca aktif dan 47.8% membaca setiap hari ini. Dalam ucapannya, beliau turut mengumumkan bahawa usaha membawa pulang warisan negara dari luar negara turut membuahkan hasil apabila misi Belanda dan Rusia berjaya mendokumentasikan 64 entri manuskrip Melayu dengan nilai perolehan salinan digital sebanyak RM465 ribu. Inisiaitif ini mencerminkan komitmen PNM untuk mengesan, mendokumentasi, menyelidik dan memperoleh semula khazanah manuskrip Melayu yang berada di dalam atau di luar negara. 

Sementara itu, YB Menteri turut berkongsi lima kisah kejayaan transformasi digital PNM iaitu penggunaan Sistem Perpustakaan Bersepadu KOHA di 506 Perpustkaan Desa PNM, Migrasi Sistem Perpustakaan kepada Polaris, Pembangunan AI Cateloger, Pendigilan Khazanah Negara dan Penambahbaikan Sistem Depositori PNM bagi serahan bahan born digital.

WhatsApp Image 2026 09 28 At 092206

27 September 2026, Selangor - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup GEMA Gempita MADANI 2026 anjuran Malaysian Frontliners Foundation dengan kerjasama Universiti Selangor (UNISEL) serta Maestro Events & Communication Sdn. Bhd. di UNISEL, Selangor.

GEMA Gempita MADANI juga menjadi platform yang menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai latar belakang untuk bersama-sama membina jambatan perpaduan, memperkukuh jaringan sosial serta menyemai semangat kebersamaan sebagai sebuah keluarga besar Malaysia.

Pelbagai pengisian seperti Policy Talk & Youth Forum, Mega Autoshow, Ceramah Motivasi “Jom Masuk U”, Konsert GEMA MADANI, GEMA Bazaria, Himpunan Rasmi NGO, Karnival Agensi Kerajaan serta Sahabat MADANI membuka ruang kepada generasi muda dan masyarakat setempat untuk berinteraksi, berkongsi pandangan dan menyatukan kita dalam kepelbagaian, memperkukuh rasa kebersamaan dan menghidupkan semangat Malaysia MADANI.

WhatsApp Image 2026 09 21 At 140644

21 September 2026, Kuala Lumpur - Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) perlu meneroka satu inisiatif yang lebih berimpak melalui pewujudan “Repositori Digital Cerita Malaysia” sebagai khazanah digital nasional. Perkara tersebut dinyatakan oleh YB Datuk Aaron Ago  Dagang, Menteri Perpaduan Negara semasa menyempurnakan perasmian Festival Penceritaan Malaysia 2026 di Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

YB Datuk Aaron Ago Dagang dalam ucapannya berkata “Inisiatif ini akan menjadikan PNM bukan sahaja sebagai penjaga bahan terbitan negara, tetapi turut berperanan sebagai penjaga memori dan suara bangsa agar cerita-cerita yang membentuk identiti Malaysia tidak hilang ditelan zaman di samping terus menjadi sumber ilmu, penyelidikan dan inspirasi untuk generasi masa hadapan”.

Selain itu, beliau juga turut menegaskan bahawa kecerdasan buatan (AI) tidak seharusnya dilihat sebagai pengganti kepada penceritaan manusia semata-mata, sebaliknya perlu dimanfaatkan secara beretika bagi memperluas kreativiti dan penyampaian di samping mempertahankan keaslian, integriti dan nilai kemanusiaan dalam setiap penceritaan.

“Penceritaan Sebagai Warisan Masyarakat Berilmu” telah diangkat sebagai bagi tema festival yang buat julung kalinya diadakan ini dalam menyemarakkan budaya penceritaan, memperkasa budaya ilmu, serta memastikan warisan dan khazanah bangsa terus dihargai dan diwarisi oleh generasi akan datang.

WhatsApp Image 2026 09 26 At 110658 2

26 September 2026, Selangor - Seramai 60 orang warga kerja Kementerian Perpaduan Negara dan sukarelawan berganding bahu dalam Program Hari Cuci Malaysia 2026, hasil kerjasama strategik bersama Majlis Perbandaran Kuala Langat.

Satu persatu sampah dikutip.

Satu persatu bahan diasingkan.

Satu persatu tangan bekerja tanpa mengenal perbezaan.

Sebanyak 94.06 kilogram sisa sampah berjaya dikumpulkan, termasuk 4.5 kilogram bahan untuk dikitar semula.

Dan apabila kita berganding bahu tanpa mengira latar belakang, kita sedang membina sesuatu yang lebih besar daripada pantai yang bersih kita sedang membina perpaduan.

Selari dengan aspirasi Sustainable Development Goals (SDG), khususnya SDG 14- Life Below Water, SDG 12 – Responsible Consumption and Production, SDG 11 – Sustainable Cities and Communities serta SDG 13 – Climate Action, usaha kecil hari ini menjadi sebahagian daripada tanggungjawab bersama untuk sebuah Malaysia yang lebih lestari.

WhatsApp Image 2026 09 19 At 140056 1

19 September 2026, Johor - Peranan Perpustakaan Desa terus diperkasa daripada sebuah ruang membaca kepada hab ilmu, literasi dan interaksi komuniti, sekali gus menyumbang kepada usaha membina negara bangsa yang berilmu, berjati diri dan bersatu padu. Perkara ini diterjemahkan Program Tekad Komuniti, Semarak Perpaduan (TKSP) 2026 anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di Segamat, Johor. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Yuneswaran Ramaraj, Timbalan Menteri Perpaduan Negara.

Menggabungkan elemen literasi, warisan, seni budaya dan pembelajaran sepanjang hayat, program ini mendekatkan Perpustakaan Desa dengan masyarakat menerusi pendekatan yang lebih inklusif dan responsif terhadap keperluan komuniti. Penghayatan sejarah, budaya dan warisan tempatan turut diketengahkan bagi menyemai jati diri, meningkatkan penghargaan terhadap kepelbagaian serta memperkukuh hubungan antara masyarakat pelbagai latar belakang.

Antara inisiatif utama yang diketengahkan ialah Kelas Membaca (KECA) Perpustakaan Desa PNM, yang memperkasa petugas Perpustakaan Desa untuk membantu kanak-kanak membina minat dan meningkatkan kemahiran membaca sejak awal. Petugas turut dilengkapkan dengan kemahiran mengendalikan aktiviti galakan membaca serta penggunaan pelbagai bahan bacaan bagi menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In