Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Perpaduan Negara dan Bank Simpanan Nasional (BSN) serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

3 Disember 2020, Putrajaya – Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg Datuk Wan Suraya Binti Wan Md Radzi, hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Perpaduan Negara dan Bank Simpanan Nasional (BSN) serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Majlis telah dilaksanakan secara atas talian sejajar dengan pembudayaan norma baharu mencegah penularan wabak Covid-19. Inisiatif kerjasama bersama BSN dan AKPK ini akan membantu komuniti jentera perpaduan untuk menambahbaik kualiti kehidupan melalui pengurusan kewangan dan kredit yang teratur serta memberi pendedahan mengenai kepentingan pengurusan kewangan dan kredit.

Lihat Foto-Foto Di Dalam Galeri Ini


Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Perpaduan Negara dan Yayasan Perpaduan Malaysia

24 Nov 2020 - Hari ini termeterai sebuah Memorandum Persefahaman diantara Kementerian Perpaduan Negara dan Yayasan Perpaduan Malaysia. 
Melalui memorandum ini kedua-dua pihak bersetuju untuk memperkukuh, menggalakkan dan membangunkan kerjasama dalam Program Pengukuhan Perpaduan dan Integrasi Nasional serta penghayatan Rukun Negara yang akan melibatkan jentera Perpaduan seperti Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Sekretariat Rukun Negara (SRN) di Institusi Pengajian Tinggi dan Kelab Rukun Negara (KRN) di sekolah-sekolah.

Diharap kolaborasi strategik ini akan dapat memperkasakan lagi perpaduan dikalangan rakyat Malaysia.


Lihat Foto-Foto Di Dalam Galeri Ini


Program "Stand Together with Putrajaya Frontliners"

27 Okt 2020 PUSPANITA Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah menganjurkan Program "Stand Together with Putrajaya Frontliners" bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya dan di lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) sekitar Putrajaya.
Objektif utama penganjuran program adalah sebagai tanda ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di atas peranan dan tanggungjawab yang dipikul dalam usaha memutuskan rantaian pandemik COVID-19.


Lihat Foto-Foto Di Dalam Galeri Ini


Mesyuarat atas talian bersama Team Ahli Pemikir (TAP), wakil Yayasan Perpaduan Negara dan Universiti Malaysia Kelantan, Pengarah-Pengarah Perpaduan Negeri dan Pegawai-pegawai KPN

22 Okt 2020  YBhg Ketua Setiausaha mempengerusikan mesyuarat atas talian bersama Team Ahli Pemikir (TAP), wakil Yayasan Perpaduan Negara dan Universiti Malaysia Kelantan, Pengarah-Pengarah Perpaduan Negeri dan Pegawai-pegawai Kementerian Perpaduan Negara bagi membincangkan berkenaan  pemurnian Dasar Perpaduan Negara.

Lihat Foto-Foto Di Dalam Galeri Ini


Sesi Perbincangan YB Kementerian Perpaduan Negara bersama YB Menteri Kewangan mengenai Belanjawan 2021

20 Oktober 2020 —  Hari ini berlangsung sesi perbincangan YB Kementerian Perpaduan Negara bersama YB Menteri Kewangan mengenai Belanjawan 2021. Turut bersama dalam perbincangan ini adalah YBhg Datuk Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha dan Pegawai Kementerian Perpaduan Negara.

Lihat Foto-Foto Di Dalam Galeri Ini


Mesyuarat Presiden Dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) Bersama YB Menteri Perpaduan Negara

1 Okt 2020 Satu mesyuarat bersama Presiden dan Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) telah diadakan pada hari ini. Pertemuan ini dihadiri seramai 13 orang wakil MCCBCHST yang terdiri daripada Presiden dan Ahli Jawatankuasa yang mewakili badan dan pertubuhan agama-agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao.

Kementerian menyambut baik kehadiran Ahli Jawatankuasa MCCBCHST untuk beramah mesra dan mewujudkan persefahaman serta keharmonian antara penganut agama di Malaysia.

Lihat Foto-Foto Di Dalam Galeri Ini


Lawatan YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara ke Negeri Sarawak

17 September 2020 Lawatan Kerja YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara ke Sibu, Sarawak:
1. Tabika Perpaduan Sibu Jaya (KTP Sentosa dan KTP Teratai)
2. Tabika Perpaduan Sibu Jaya (KTP Matahari, KTP Bakawali dan KTP Bunga Melor) 
3. Pusat Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan Bunga Orkid, Taman Soon Hup


Lihat Foto-Foto Di Dalam Galeri Ini


Pelancaran Video Lagu dan Pertandingan Fotografi & Video “Saya Anak Malaysia” Sempena Hari Malaysia 2020 di Sibu, Sarawak

16 September 2020 - Kementerian Perpaduan Negara Melancarkan Video Lagu ‘Saya Anak Malaysia’ Dan Pertandingan Fotografi & Video Bertemakan Perpaduan Rakyat Malaysia Bagi Semarakkan Semangat Sambutan Hari Malaysia 2020


Lihat Foto-Foto Di Dalam Galeri Ini


Lawatan YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara ke KRT Taman Jaya Diri, Kota Kinabalu

11 Sept 2020 - Lawatan YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara ke KRT Taman Jaya Diri, Kota Kinabalu

Lihat Foto-Foto Di Dalam Galeri Ini


Lawatan Menteri Perpaduan Negara ke Tabika Sembulan Lama A & B dan PRT Sembulan Lama serta Tabika Sembulan Baru A & B dan PRT Sembulan Baru

11 September 2020 -Lawatan YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara ke
Tabika Sembulan Lama A & B dan PRT Sembulan Lama serta Tabika Sembulan Baru A & B dan PRT Sembulan Baru


Lihat Foto-Foto Di Dalam Galeri Ini


Program Interaksi Perpaduan KRT Bipisi Bongawan bersama YB Datuk Halimah Mohamed Sadique

12 September 2020 - Program Interaksi Perpaduan KRT Bipisi Bongawan bersama YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara bertempat di Mini Dewan Kampung Biau Bongawan

Lihat Foto-Foto Di Dalam Galeri Ini


Kunjungan Hormat YB Menteri Perpaduan Negara ke Pejabat YAB Menteri Besar Kelantan.

6 September 2020 - Kunjungan Hormat YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara ke Pejabat YAB Dato' Bentara Kanan Ustaz Dato' Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan. Turut hadir YB Mejar (B) Dato' Haji Md. Anizam bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan dan Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.


Lihat Foto-Foto Di Dalam Galeri Ini


Perasmian Sesi Maklum Balas Rakyat Perasmian Draf Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2025 Peringkat Negeri Kelantan dan Majlis Menandatangani MoU Antara Kementerian Perpaduan Negara dan UMK

6 September 2020 - Perasmian Sesi Maklum Balas Rakyat Berhubung Draf Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2025 Peringkat Negeri Kelantan Dan Majlis Menandatangani MoU Antara Kementerian Perpaduan Negara dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) oleh YAB Dato' Bentara Kanan Ustaz Dato' Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan. Turut hadir YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara dan YB Mejar (B) Dato' Haji Md. Anizam bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan, Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan Prof. Dato' Ts. Dr. Noor Azizi bin Ismail, Naib Canselor, Universiti Malaysia Kelantan.


Lihat Foto-Foto Di Dalam Galeri Ini


Projek Ternakan Ikan 'Agro Ikhwan Berdikari' KRT Pauh Lima, Pulai Chondong, Tabika Perpaduan Taman Guchil Jaya dan Pusat Rukun Tetangga Pahi, Kuala Krai, Kelantan.

5 September 2020 - Sekitar lawatan YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara ke Projek Ternakan Ikan 'Agro Ikhwan Berdikari' KRT Pauh Lima, Pulai Chondong, Tabika Perpaduan Taman Guchil Jaya dan Pusat Rukun Tetangga Pahi, Kuala Krai, Kelantan. Turut hadir YB Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Kuala Krai dan YB Tuan Hilmi bin Abdullah, Ahli Dewan Undangan  Negeri (ADUN) Guchil.


Lihat Foto-Foto Di Dalam Galeri Ini


Majlis Pelancaran Norma Baharu 'Take 5' di Tabika dan Taska Genius Perpaduan di Kompleks Perpaduan Daerah Machang, Kelantan.

5 September 2020 - Majlis Pelancaran Norma Baharu 'Take 5' di Tabika dan Taska Genius Perpaduan di Kompleks Perpaduan Daerah Machang, Kelantan oleh YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara. Beliau turut menyerahkan 'Take Care Kit' serta menyaksikan demonstrasi Cuci Tangan oleh anak-anak Tabika Perpaduan Daerah Machang bersama Papa dan Pipi Zola.


Lihat Foto-Foto Di Dalam Galeri Ini


Program Penghayatan Rukun Negara Peringkat Negeri Johor 2020 Sempena Sambutan Ulang Tahun Rukun Negara Ke-50 Tahun Pada 30 Ogos 2020

30 Ogos 2020 : Pelancaran Sesi Maklum Balas Rakyat PTPN 2021-2025 Peringkat Negeri Johor oleh YAB Menteri Besar Johor Bersama YB Menteri Perpaduan Negara Dan Program Penghayatan Rukun Negara Peringkat Negeri Johor 2020 Sempena Sambutan Ulang Tahun Rukun Negara Ke-50 Tahun.


Lihat Foto-Foto Di Dalam Galeri Ini


Majlis Jamuan Santun Budi Bersama MB Pahang

17 Julai 2020 - Majlis Jamuan Santunan Budi YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara bersama YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.



Lihat Foto-Foto Di Dalam Galeri Ini


Kunjungan Hormat YB Menteri Perpaduan Negara ke MB Pahang

18 Julai 2020 — Kunjungan hormat YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara ke atas YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail di Wisma Sri Pahang.


Lihat Foto-Foto Di Dalam Galeri Ini


Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Perpaduan Negara

18 Julai 2020  Mesyuarat Pelaksana Perpaduan Negara (MJPPN) Bil 2 Tahun 2020. Terima kasih kerajaan negeri Pahang menjadi hos MJPPN kali ini.

Lihat Foto-Foto Di Dalam Galeri Ini


Wawancara Khas Bersama YB Datuk Halimah Mohamed Sadique di Radio Stesen Pahang FM

18 Julai 2020 — Sesi Wawancara khas YB Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique Bersama Pahang FM.


Lihat Foto-Foto Di Dalam Galeri Ini


Kunjungan YB Menteri Perpaduan Negara ke Taska, Tadika & KRT

19 Julai 2020 — Lawatan YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara ke Pusat Aktiviti Perpaduan Daerah Kuantan bersama YB Mohd Shahar, Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen Paya Besar, YB Dato' Sri Hajah DS Shahaniza Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang. Terima kasih kerajaan Negeri Pahang yang komited bekerjasama dengan Kementerian Perpaduan Negara dalam memastikan Agenda Perpaduan Nasional menjadi teras perpaduan rakyat.


Lihat Foto-Foto Di Dalam Galeri Ini


Lawatan Kerja Kementerian Perpaduan Negara ke Negeri Sarawak

10 Julai 2020 Kunjungan hormat kepada YAB Ketua Menteri Sarawak Oleh YB Menteri Perpaduan Negara sempena sesi lawatan kerja ke negeri Sarawak.

Lihat Foto-Foto Di Dalam Galeri Ini


Lawatan YB Menteri Perpaduan Negara ke UKM

7 Julai 2020 Kunjungan hormat ke Institut Kajian Etnik (KITA), UKM yang diketuai oleh Ketua Pengarahnya Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin selaku Penasihat kepada Kementerian Perpaduan Negara. Turut bersama Timbalan Pengarah KITA Prof. Madya Dr. Kartini Aboo Talib. 

Lihat Foto-Foto Di Dalam Galeri Ini


Wawancara Khas Johor FM bersama YB Menteri Perpaduan Negara

30 Jun 2020  Sesi Wawancara Khas YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara bersama Johor FM.

Lihat Foto-Foto Di Dalam Galeri Ini


Lawatan YB Menteri Perpaduan ke Taska Genius Perpaduan Taman Universiti

30 Jun 2020 – Lawatan YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara ke Taska Genius Perpaduan Taman Universiti Skudai, Johor.


Lihat Foto-Foto Di Dalam Galeri Ini


Program Jalinan Muafakat dan Rondaan SRS, JPKRT Daerah Johor Bahru

29 Jun 2020 — Program Jalinan Muafakat dan Rondaan Skim Rondaan Sukarela (SRS),  Jawatankuasa Permuafakatan Kawasan Rukun Tetangga (JPKRT) Daerah Johor Bahru bersama YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara.

Lihat Foto-Foto Di Dalam Galeri Ini


Majlis Aspirasi Perpaduan Tahun 2020 bersama Warga JPNIN & JPKRT Negeri Johor

29 Jun 2020 — Program Aspirasi Perpaduan Negara sempena lawatan YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara bersama warga JPNIN & JPKRT Negeri Johor.

Lihat Foto-Foto Di Dalam Galeri Ini


Kunjungan hormat ke atas YAB Dato' Ir. Hasni Mohammad, Menteri Besar Johor

29 Jun 2020 Kunjungan Hormat YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara ke Pejabat YAB Dato' Ir. Hasni Mohammad, Menteri Besar Johor. Turut hadir YB Senator Dato' Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Perpaduan Negara,  Datuk Wan Suraya Binti Wan Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan Tuan Mazlan Bin Abd Mutalib, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.

Lihat Foto-Foto Di Dalam Galeri Ini


Majlis Penyerahan Kit Peralatan Rondaan Skim Rondaan Sukarela Untuk Rondaan Tetangga Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Oleh YB Menteri Perpaduan Negara


17 Jun 2020, Putrajaya – YB Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique hari ini telah menyerahkan kit peralatan rondaan Skim Rondaan Sukarela Rukun Tetangga kepada 16 orang Pengarah Perpaduan Negeri, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang mewakili negeri masing-masing di pejabat Kementerian di Putrajaya.

Lihat Foto-Foto Di Dalam Galeri Ini


AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN