Kurangkan Pemanasan Global
Logo JPNIN

LAMAN WEB RASMI

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

(JABATAN PERDANA MENTERI)

   
             

 

LATAR BELAKANG

Anugerah 'MyHero' diperkenalkan pada 2014 bagi mengiktiraf dan meraikan wira dan wirawati tidak dicanang yang menabur bakti dalam memupuk perpaduan serta keharmonian kaum di Negara ini. Anugerah MyHero merupakan program kerjasama antara Kuala Lumpur and Selangor Chinses Chamber Industri (KLSCCCI) dan PERPADUAN dalam usaha untuk mengiktiraf dan menghargai individu-individu yang telah banyak berkorban dan berjasa dalam usaha meningkatkan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Negara ini. Seramai 27 pencalonan telah disenarai pendek dan hanya 6 orang sahaja dipilih sebagai pemenang oleh barisan juri pada setiap siri.

MyHero 1.0 telah berjaya dianjurkan pada tahun 2014 dan dimenangi oleh Hoo Tak Chow, Yap Toke Moey, Abdul Muhen Abdul Mohssin, Lee Yee Seng, Pasangan Koh dan Winnie Yap Im Nee. Manakala MyHero 2.0 yang telah dianjurkan pada tahun 2016 telah dimenangi oleh Tan Bee Seng, Angela Devi Ariyan, Dr. Abdol Aziz Sahat, Hew Hock Peng, Ong Boo Siong, dan Wong Siew Sin @ Dolly.

Program ini adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan penyertaan perlulah menjelaskan tentang jasa seseorang serta butiran terperinci tentang diri orang berkenaan serta pengirimnya.

 

OBJEKTIF

 
  • Memberikan pengiktirafan dan memberi penghormatan kepada wira-wira / wirawati Malaysia atas keberanian dan keazaman mereka yang mana jasa baik mereka telah menunjukkan sifat-sifat murni serta menyemarakkan perpaduan antara berbilang bangsa daripada pelbagai lapisan masyarakat.

 

 

  • MyHero 1.0
  • MyHero 2.0

 

MAKLUMAT DAN LATAR BELAKANG PENERIMA ANUGERAH MYHERO 2014

 

MYHERO 2014

BIL.
GAMBAR
MYHERO LOKASI CATATAN
1.

 

Hoo Tak Chow

 

Sendayan, Seremban

 

Petani yang berjiwa besar membantu insan yang memerlukan terutama untuk mengejar ilmu.

2.

 

Yap Toke Moey

 

Teriang, Pahang

 

Penjual barang elektrik mengasaskan Rumah Kebajikan Warga Emas Riang untuk membela golongan tidak bernasib baik dan warga tua tanpa sebarang bayaran berkonsepkan keharmonian 1 Malaysia.

3.

 

Abdul Muhen Abdul Mohssin

 

Alor Star, Kedah

 

10,000 pelajar mendapat manfaat daripada tuisyen Bahasa Melayu percuma untuk membantu pelajar miskin dan daif yang majoritinya daripada kaum cina dan india.

4.

 

Lee Yee Seng

 

Kuala Lumpur

 

Menubuhkan Pertubuhan Penyakit Lisosomal Malaysia (MLDA) untuk memberikan sokongan kepada pesakit LSD untk mendapatkan rawatan perubatan, pemulihan, pendidikan dan kerjaya.

5.

 

Koh Swee Heah

 

Bentong, Pahang

 

Melabur RM100,000 wang persaraan untuk membina sekolah anak orang asli bagi memberi peluang pendidikan.

6.

 

Winnie Yap Im Nee

 

Sungai Bakap, Pulau Pinang

 

Membuka kelas percuma Bahasa Hokkien khusus kepada pegawai polis di Pulau Pinang bagi menyokong usaha pihak berkuasa untuk mendekati masyarakat.

 

MAKLUMAT DAN LATAR BELAKANG PENERIMA ANUGERAH MYHERO 2016

 

MYHERO 2016

BIL.
GAMBAR
MYHERO LOKASI CATATAN
1.

Tan Bee Seng

 

Kuantan, Pahang Mengambil dan membesarkan 11 anak angkat pelbagai kaum dan agama daripada keluarga yang susah.
2.

Angela Devi Ariyan

 

Seremban, Negeri Sembilan Pengasas Persatuan Kebajikan Vinashini untuk membantu orang kurang upaya, anak yatim, dan warga emas.
3.

Dr. Abdol Aziz Sahat

 

Klang, Selangor Mengambil 6 orang anak angkat pelbagai bangsa dan mendidiknya sehingga berjaya.
4.

Hew Hock Peng

 

Semenyih, Selangor Menjadi penderma apheresis dan telah menderma darah lebih 500 kali untuk membantu golongan yang memerlukan.
5.

Ong Boo Siong

 

Bentong, Pahang Hanya memiliki sebelah tangan tetapi tetap giat membimbing pelajar sekolah untuk berjaya.
6.

Wong Siew Sin @ Dolly

 

Kota Kinabalu, Sabah Giat menjalankan aktiviti kebajikan masyarakat untuk membantu pelbagai kaum dan agama menggunakan sumber kewangan sendiri.
  • Borang Pencalonan
  • Terma Dan Syarat
  • Risalah

  • Pencalonan bagi tahun 2019 telah ditutup