Kurangkan Pemanasan Global
Logo JPNIN

LAMAN WEB RASMI

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

(JABATAN PERDANA MENTERI)

   
             

LATAR BELAKANG

Pada 20 Januari 2010, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan untuk melantik Y.Bhg Datuk Hajah Ilani Binti Dato' Haji Isahak sebagai Penyelaras Khas bagi membantu kerajaan mempromosikan persefahaman dan keharmonian di antara agama di Malaysia demi meneruskan usaha menjalin perhubungan dan menjaga keamanan serta kestabilan sosial.

Oleh yang demikian, Jemaah Menteri dalam mesyuarat 24 Februari 2010 telah memberi persetujuan untuk menubuhkan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama (JKMPKA). Penubuhan Jawatankuasa ini merupakan kesinambungan usaha-usaha Jawatankuasa Kerja Perhubungan Antara Penganut Agama di bawah Panel Penasihat Perpaduan Negara. 

 

TERMA RUJUKAN JKMPKA

  1. Mewujudkan, menggalak serta memantapkan iklim perhubungan yang baik dalam kalangan pemimpin serta penganut pelbagai agama agar terbina jambatan persahabatan berteraskan semangat saling hormat-menghormati dan percaya mempercayai dan bekerjasama di semua peringkat kepimpinan serta akar umbi.
  2. Menggalakkan semua pertubuhan agama menghormati serta patuh kepada Perlembagaan Persekutuan khususnya yang berkaitan agama.
  3. Mencadangkan kepada kerajaan dasar-dasar yang berteraskan nilai-nilai murni keagamaan demi mengekalkan pegangan rakyat kepada Prinsip Rukun Negara “Kepercayaan Kepada Tuhan”.
  4. Meningkatkan kefahaman mengenai kepelbagaian agama dan isu-isu yang boleh menggugat keharmonian agama dan ketenteraman masyarakat agar menjadi sumber kekuatan negara.
  5. Melaksana secara bersama aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan ke arah mewujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera dan harmoni.
  6. Bertindak sebagai mekanisme dan melaksanakan aktiviti intervensi apabila isu keagamaan, salah faham atau pertelingkahan antara penganut pelbagai agama mulai merebak dan berpotensi menjadi isu yang mungkin mengancam keharmonian masyarakat dan ketenteraman negara.
  7. Berusaha memastikan semua pertubuhan agama dan badan agama mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak kerajaan di semua peringkat sama ada pusat, negeri dan kerajaan tempatan.

 

MATLAMAT

  • Memantapkan perhubungan dalam kalangan penganut pelbagai agama.
  • Menjadi badan mediasi dalam isu-isu berbangkit antara penganut agama.
  • Menggalakkan semua pertubuhan agama menghormati serta patuh kepada Perlembagaan Persekutuan.
  • Memastikan kerajaan memberi perhatian kepada suara pertubuhan dan badan agama.

 

Melalui langkah-langkah berikut ;

 

 

Meningkatkan kefahaman terhadap pelbagai agama dan isu-isu yang boleh menggugat keharmonian agama dan ketenteraman masyarakat.

 

Mencadangkan kepada kerajaan dasar-dasar yang berteraskan nilai-nilai agama.

 

Melaksanakan secara bersama aktiviti kemasyarakatan.

JAWATANKUASA KERJA YANG DITUBUHKAN BAGI JKMPKA SESI 2018-2019

 

  1. JKK Isu-Isu Antara Agama:

          Mencadangkan penyelesaian kepada isu-isu yang boleh menimbulkan pertikaian dalam kalangan penganut agama:

 

 

     Pertukaran Agama 

 

         Hak Penjagaan Anak 

 

     Tuntutan Mayat 

 

         Tapak Rumah Ibadat 

 

         Penghinaan Terhadap Agama 

 

     Penyebaran Agama 

 

     Penggunaan Kalimah-kalimah Agama 

 

     Isu-isu Baru 

 

  1. JKK Acara 
  • Menganjurkan Program Meningkatkan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (Seminar, dialog, RTD, forum dan keraian hari perayaan serta keagamaan secara kolaborasi dengan pihak kerajaan dan NGO-NGO Agama)

 

  1. JKK Latihan dan Mediasi:
  • Menyediakan platform bagi ahli JKMPKA serta Ketua-Ketua Agama bagi mencapai persefahaman tentang kedudukan agama dalam Perlembagaan Persekutuan
  • Mewujudkan satu pasukan intervensi (intervention team) melalui pembangunan modul Kursus Pensijilan Mediasi Agama.

 

  1. JKK Belia:
  • Menghasilkan program/modul membina persefahaman dan keharmonian dalam kalangan kumpulan sasar.
  • Membina jaringan kepemimpinan belia.

 

  1. JKK Pendidikan dan Kajian:
  •  Mengumpul hasil kajian yang berkaitan dengan isu perpaduan.
  •  Menghasilkan sebuah buku yang memberi maklumat asas dan penting tentang tujuh (7) agama yang dianuti secara signifikan di negara ini, iaitu:

 

  • Islam
  • Kristian
  • Buddha
  • Hindu
  • Sikh
  • Tao
  • Baha’I

 

  •  Untuk kefahaman rakyat agar dapat hidup dengan aman dan saling menghormati antara penganut satu agama dengan yang lain.

 

 

SENARAI NAMA AHLI JKMPKA SESI 2018-2019

 

BIL
NAMA ORGANISASI
1. Dato’ Azman Amin bin Hassan Mantan Ketua Pengarah PERPADUAN
2. Rev Dr. Hermen Privaraj Shastri MCCBCHST
3. Tuan Haji Ir. Mohd Jamaluddin bin Mohamed Shamsuddin Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’S (ACCIN)
4. Tuan Haji Wan Burhan bin Wan Ismail Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’S (ACCIN)
5. Tuan Haji Zaid bin Kamaruddin Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’S (ACCIN)
6. Tuan Haji Shuib bin Dahaban@Dahaman Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’S (ACCIN)
7. Tuan Haji Mansor bin Ibrahim Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’S (ACCIN)
8. Ven. Sing Kan MCCBCHST
9. Elder Tan Kong Beng MCCBCHST
10. Datuk RS Mohan A/L Shanmugam MCCBCHST
11. Sardar Jagir Singh A/L Arjan Singh Malaysia Gurdwara Council
12. Daozhang Tan Hoe Chieow Federation of Taoist Associations Malaysia
13. Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia
14. Datuk Hj. Ab. Jamal bin Tun Haji Sakaran Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
15. En. Vijaya Segaran Vadivello Baha’i Community of Malaysia
16. Datuk John Sikayun Sabah Law Association
17. Dr. Gurpreet Kaur Wakil Belia Sarawak
18. Tuan Haji Sainuri bin Yahmin Sabah Islamic Future Network
19. Tan Sri Datuk Seri Panglima Simon Sipaun Wakil Sabah
20. Rev. Datuk Jerry Dusing Sabah Council of Churches
21. Rev. Dr. Hii Kong Hock Wakil Sabah
22. Dr. Amir Farid bin Dato’ Hj. Isahak Interfaith Spiritual Fellowship Malaysia (INSAF)
23. En. Lim Teck Hui Wakil Belia Sarawak
24. Rev. Dato’ Dr. Justin Wan Association of Churches in Sarawak
25. Prof. Dr. Ong Puay Liu Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia
26. En. Jason Leong Christian for Peace and Harmony in Malaysia
27. Sahibus Samahah Datu Haji Kipli bin Haji Yassin Mufti Negeri Sarawak
28. Elder Ambrose Linang Association of Churches in Sarawak
29. Cik Loh Pai Ling Buddhist Missionary Society Malaysia (BMSM)
30. En. Jufitri bin Joha Majlis Belia Malaysia
31. Tuan Haji Khalidi bin Haji Ibrahim Jabatan Agama Islam Sarawak
32. Prof. Dr. Zaid bin Ahmad Universiti Putra Malaysia