Kurangkan Pemanasan Global
Logo JPNIN

LAMAN WEB RASMI

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

(JABATAN PERDANA MENTERI)

   
             

OBJEKTIF

 

 

Menjadi mekanisme kepada Kerajaan di peringkat IPT dalam memperkaya pengetahuan, pemahaman, penghayatan, penilaian dan pengamalan mahasiswa terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara.

 

 

Menjadikan Sekretariat Rukun Negara (SRN) sebagai `platform' berkesan untuk menyemai dan memperkukuhkan semangat patriotisme di kalangan mahasiswa.

 

 

Mewujudkan negara bangsa yang mampu bersaing dan berdiri sama tinggi di persada dunia.

 

 

 

Meningkatkan kesedaran khususnya di kalangan mahasiswa untuk mempraktikkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian ke arah melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersepadu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara.

 

STATISTIK

 

BILANGAN SEKRETARIAT RUKUN NEGARA (SRN) SEHINGGA FEBRUARI 2019

SRN 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 JUMLAH
IPT / IPTS 3 13 1 3 4 5 5 5 1 - 6 4 50
POLITEKNIK - - 27 - - - - - - - -   27
KOLEJ MATIKULASI - - 15 - - - - - 1 1 -   17
KOLEJ KOMUNITI - - 40 - - - - - - 3 5 1 49
IPGM - 27 - - - - - - - - -   27
JUMLAH PENUBUHAN 3 40 83 3 4 5 5 5 2 4 11 5 170
JUMLAH PENUTUPAN 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 0 1
JUMLAH KESELURUHAN SRN 169

 

SENARAI NEGERI-NEGERI YANG TELAH MENUBUHKAN DAN MENERIMA AGIHAN PERUNTUKAN SEKRETARIAT RUKUN NEGARA (SRN) SEHINGGA FEBRUARI 2019

BIL NEGERI IPT IPTS POLITEKNIK KOLEJ MATRIKULASI KOLEJ KOMUNITI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM) JUMLAH
1 PERLIS 2 1 1 1 1 1 7
2 KEDAH 2 2 2 4 6 2 18
3 PULAU PINANG 1 - 2 1 3 2 9
4 PERAK 1 2 2 1 6 1 13
5 SELANGOR 4 14 3 1 5 1 28
6 W.P KUALA LUMPUR 1 5 - - - 4 10
7 NEGERI SEMBILAN 1 1 2 1 4 1 10
8 MELAKA - 1 2 1 4 1 9
9 JOHOR - 1 2 2 5 2 12
10 PAHANG 2 - 2 2 5 1 12
11 TERENGGANU 3 1 3 - 1 2 10
12 KELANTAN 1 1 2 1 1 1 7
13 SABAH 1 1 2 - 4 4 12
14 SARAWAK - - 2 1 2 4 10
15 W.P LABUAN - - - 1 - - 1
16 W.P PUTRAJAYA - - - - - - -
  JUMLAH 19 31 27 17 48 27 169

 

  • Cara Permohonan
  • Soalan Lazim

PROSEDUR DAN FORMAT PENUBUHAN SEKRETARIAT RUKUN NEGARA

  1. Timbalan Naib Canselor/Timbalan Rektor/Timbalan Presiden / Dekan/Pengarah (HEPA) hendaklah melantik Jawatankuasa Penaja di peringkat IPT masing-masing.
  2. Jawatankuasa Penaja tersebut hendaklah mengemukakan satu permohonan penubuhan Sekretariat Rukun Negara di IPT masing-masing dengan berpandukan kepada format perlembagaan seperti di Lampiran A.
  3. Setelah menerima kelulusan daripada pihak pengurusan IPT masing-masing, HEPA akan melantik Penyelaras, Penasihat dan Majlis Tertinggi Sekretariat Rukun Negara.

JAWATANKUASA PERINGKAT IPT

Keanggotaan Jawatankuasa Sekretariat Rukun Negara di peringkat IPT adalah seperti berikut:

BIL JAWATAN KOSONG PEGAWAI
(a)

Penaung

-

Timbalan Naib Canselor/Timbalan Rektor/Timbalan Presiden/Dekan/Pengarah (HEPA)

(b)

Penasihat

-

Pegawai Universiti

(c)

Penyelaras

-

Pegawai HEP

(d)

Presiden

-

Seorang Mahasiswa

(e)

Timbalan Presiden

-

Seorang Mahasiswa

(f)

Setiausaha Kehormat

-

Seorang Mahasiswa

(g)

Penolong Setiausaha
Kehormat

-

Seorang Mahasiswa

(h)

Bendahari Kehormat

-

Seorang Mahasiswa

(i)

Exco

-

Lima orang Exco (berdasarkan 5 prinsip Rukun Negara)

(j)

Juru Audit Kehormat

-

Dua orang mahasiswa

  • Jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Kehormat, Penolong Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat dan Lima Exco adalah Jawatankuasa Eksekutif yang dilantik oleh pihak Hal Ehwal Pelajar.
  • Pelantikan Jawatankuasa mestilah terdiri daripada berbilang kaum kecuali bagi IPT yang mahasiswanya terdiri daripada satu kaum sahaja.

 

CARA PERMOHONAN

  1. Majlis Tertinggi Sekretariat Rukun Negara ini perlu memanggil satu Mesyuarat Agung Tahunan untuk memperkenalkan Jawatankuasa baru serta berbincang mengenai pengurusan sekretariat. 
  2. Jawatankuasa Sekretariat Rukun Negara hendaklah mengemukakan secara bertulis kepada Timbalan Naib Canselor/Timbalan Rektor/Timbalan Presiden/Dekan/ Pengarah (HEPA) dalam tempoh 14 hari selepas Mesyuarat Agung Tahunan laporan-laporan berikut:-
    • Perlembagaan Sekretariat Rukun Negara
    • Senarai Ahli Jawatankuasa
    • Perancangan Aktiviti
    • Senarai Keahlian
    • Laporan Kewangan
  3. Jawatankuasa Sekretariat Rukun Negara perlu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan sekurang-kurangnya sekali dalam dua sesi pengajian.

S: Berapakah jumlah geran pelancaran Sekretariat Rukun Negara yang diberikan kepada setiap universiti yang dipilih menjadi ahli?

J: RM3000.00

S: Bolehkah pelajar antarabangsa menjadi ahli Sekretariat Rukun Negara?

J: Tidak boleh, ia hanya untuk warganegara Malaysia sahaja.

S: Siapakah yang boleh dihubungi berkaitan dengan Sekretariat Rukun Negara?

J:

  • En. Ariesusanto bin Ngadimin

    Emel:ariesusanto [at] perpaduan [dot] gov [dot] my

    Tel : 03-8883 7165

S: Bilakah Sekretariat Rukun Negara ditubuhkan?

J: Ditubuhkan pada tahun 2008

S: Adakah peruntukan geran Sekretariat Rukun Negara akan diagihkan setiap tahun?

J: Tidak. Geran pelancaran ini diberikan sekali sahaja