Kurangkan Pemanasan Global
Logo JPNIN

LAMAN WEB RASMI

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

(JABATAN PERDANA MENTERI)

   
             

image

LATAR BELAKANG MEDIASI

Sejajar dengan visi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN) sebagai peneraju perpaduan dan keharmonian negara Malaysia, mediasi dilihat paling sesuai digunakan sebagai “intervensi” jika timbul insiden yang tidak diingini berlaku di dalam komuniti. Di Malaysia Akta Mediasi 2012 telah pun diluluskan bagi menjamin kelancaran proses mediasi. Akta ini juga telah memperincikan ciri-ciri mediasi yang diiktiraf.

Bahagian Pengurusan Perpaduan di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah mengambil inisiatif untuk merangka program mediasi dan memperkenalkan Mediasi Komuniti mulai tahun 2007 yang bertujuan melahirkan lebih ramai orang tengah atau mediator di peringkat komuniti. Mulai tahun 2009, PERPADUAN secara serius melatih Pegawai PERPADUAN dan Pengerusi Rukun Tetangga menjadi pendamai di dalam konflik komuniti dikenali sebagai Mediator Komuniti (MK).

Sehingga kini, PERPADUAN telah berjaya melatih dan sekaligus mentauliahkan seramai 1027 orang MK di seluruh negara. Usaha ini adalah melalui penglibatan bersama Universiti Islam Antarabangsa (UIA) serta Pusat Bantuan Guaman Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertujuan untuk melahirkan lebih ramai Pegawai PERPADUAN dan pemimpin Rukun Tetangga sebagai MK yang kompetan untuk menangani sebarang konflik yang berlaku di peringkat komuniti.

Peranan dan bidang kuasa MK diperkukuhkan dan diiktiraf seperti yang terkandung didalam Akta Rukun Tetangga 2012 dibawah peraturan 8 (d) iaitu “menyediakan pengantaraan dalam masyarakat bagi maksud pendamaian atau selainnya menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan di kalangan masyarakat”.

VISI

 

Membina Masyarakat Sejahtera

 

MISI

 

Menggalakkan Mediasi sebagai satu cara penyelesaian pertikaian alternatif dengan cara mudah, cepat dan penuh kerahsiaan

 

OBJEKTIF

 

 

Memelihara keharmonian komuniti melalui Mediasi di antara pihak yang bertelagah

 

Menggalakkan penggunaan khidmat mediasi bagi membantu menyelesaikan pertikaian antara Pihak-Pihak

 

Menjadikan khidmat mediasi sebagai pilihan utama dalam menyelesaikan masalah dalam kalangan komuniti

PERANAN MEDIATOR

  • Memberi perkhidmatan mediasi secara sukarela kepada pihak yang memerlukan.
  • Membantu mencari penyelesaian yang boleh diterima oleh pihak yang bertelagah bagi memelihara keharmonian masyarakat.
  • Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemahiran mediasi melalui latihan dan perkongsian pengalaman secara berterusan.
  • Mententeramkan ketegangan antara pihak-pihak yang bertelagah serta memulihkan perhubungan di antara mereka.
  • Menjalankan mediasi secara profesional, adil dan ikhlas tanpa mengharapkan imbuhan/balasan.

PUSAT MEDIASI

 

Orang awam yang memerlukan perkhidmatan mediasi boleh berhubung terus ke alamat dibawah:

UNIT PERKHIDMATAN MEDIASI KOMUNITI (UPMK)
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN)
Aras 8, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62250 Putrajaya
Fax : 03 8883 8569 | Tel : 8833 7119
Emel : mediasi [at] perpaduan [dot] gov [dot] my
Hari : Isnin hingga Jumaat
Masa : 9.00 pagi – 4.30 petang