Kurangkan Pemanasan Global
Logo JPNIN

LAMAN WEB RASMI

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

(JABATAN PERDANA MENTERI)

   
             
image

LATAR BELAKANG

Program Latihan Industri Perpaduan (PLIP) mengguna konsep latihan industri yang dijalani oleh mahasiswa di institusi pengajian tinggi sebelum tamat pengajian bagi memberi ruang dan platform kepada mahasiswa untuk meneroka, memahami, mengalami dan merasai alam pekerjaan yang sebenar sebagai persediaan apabila tamat pengajian dan memasuki dunia pekerjaan.

Perkara ini menarik perhatian PERPADUAN untuk melaksanakan PLIP berdasarkan senario sejak beberapa tahun kebelakangan ini di mana mahasiswa dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lebih selesa bekerja di sektor awam manakala mahasiswa dari institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) lebih berminat bekerja di sektor swasta. Suasana ini jika dibiarkan berterusan, tidak akan membantu peningkatan hubungan, interaksi dan perpaduan di kalangan eksekutif berbilang kaum di negara ini.

Situasi tidak sihat ini boleh menggugat hubungan dan keharmonian masyarakat di mana terdapat kritikan-kritikan yang ditujukan kepada syarikat bukan bumiputera yang kurang berminat untuk mengambil pekerja bumiputera dalam syarikat mereka. Keadaan ini boleh menimbulkan salah faham, buruk sangka dan prejudis di kalangan masyarakat berbilang kaum dan juga boleh menimbulkan salah faham terhadap Kerajaan bahawa sektor awam hanya dipelopori oleh bumiputera sahaja. Kepincangan ini bukan sahaja boleh menggugat perpaduan dalam masyarakat tetapi yang lebih membimbangkan ianya boleh membantutkan perkembangan ekonomi negara.

Atas dasar itu, PERPADUAN mengambil langkah proaktif bagi merapatkan semula jurang hubungan kaum yang kian melebar dalam masyarakat melalui PLIP dengan menyediakan platform kepada pelajar bumiputera untuk menjalani latihan industri di syarikat bukan bumiputera dan pada masa yang sama memberi peluang kepada pelajar bukan bumiputera menjalani latihan industri di syarikat bumiputera.

Keharmonian pekerja berbilang kaum yang bekerja dalam syarikat adalah pencapaian serampang dua mata dari program ini iaitu peningkatan perpaduan dan memperkasakan ekonomi pelajar yang terlibat melalui penyaluran teknologi dan kemahiran kepada pelajar dari syarikat. Oleh itu, program ini secara langsung bukan sahaja mensejahterakan masyarakat tetapi apa yang lebih utama adalah peningkatan dalam produktiviti negara.

  • PLIP Fasa 1
  • PLIP Fasa 2

LATAR BELAKANG & OBJEKTIF

  1. Dilaksanakan pada tahun 2014 berkonsepkan latihan industri di kalangan pelajar bumiputera dari IPTA di syarikat bukan bumiputera berikut :
  2. Sebagai platform dan memberi ruang kepada pelajar bumiputera meneroka dan merasai situasi sebenar alam pekerjaan tetapi apa yang paling penting adalah kefahaman tentang adat resam, budaya, amalan agama serta cara hidup antara kaum dapat dipertingkatkan.
  3. Memorandum Persefahaman PLIP telah ditandatangani PERPADUAN bersama dua gabungan rangkaian perniagaan di bawah Associated Chinese Chambers Of Commerce And Industry Of Malaysia (ACCCIM) dan Malaysia Retail Chain Association (MRCA) dan pihak IPTA.

 

 

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN PLIP

 

 

  • Dilaksanakan pada 26 November 2014 bertempat di Universiti Malaya. IPTA yang terlibat ialah UM dan UiTM, ACCCIM dan MRCA.

 

 

 

 

Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Besar

 

 

 

  • Dilaksanakan pada 18 Mei 2016 bertempat di UniKL. IPTA yang terlibat ialah UUM, UPM, UKM, UIA dan UniKL.

 

 

 

 

Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Besar

 

 

 

  • Dilaksanakan pada 20 Ogos 2016 bertempat di UniMAP. IPTA yang terlibat ialah UniMAP.

 

 

 

 

Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Besar

 

 

LATAR BELAKANG

  1. PLIP diperluaskan kepada PLIP Fasa 2 dengan penyertaan pelajar bukan bumiputera di IPTS untuk memberi peluang menjalani latihan industri di syarikat bumiputera khasnya syarikat GLC.
  2. Sebagai platform dan memberi ruang kepada pelajar bukan bumiputera meneroka dan merasai situasi sebenar alam pekerjaan tetapi apa yang paling penting adalah kefahaman tentang adat resam, budaya, amalan agama serta cara hidup antara kaum dapat dipertingkatkan.

 

MATLAMAT DAN HALATUJU

  1. Platform interaksi dan ruang untuk membina hubungan antara masyarakat pelbagai kaum khasnya generasi muda.
  2. Meningkatkan hubungan dan pemahaman budaya, agama serta adat resam dikalangan pelajar.

 

OBJEKTIF

  1. Menyediakan platform interaksi dan ruang untuk membina hubungan antara pelajar bukan bumiputera dengan pekerja dan majikan dari syarikat bumiputera dan sebaliknya;
  2. Memupuk perpaduan dan kefahaman silang budaya dan silang kerjaya di kalangan pelajar bukan bumiputera dengan pekerja dan majikan dan sebaliknya bagi meningkatkan interaksi dan mengurangkan polarisasi di kalangan mereka; dan
  3. Meningkatkan minat dan keyakinan pelajar bukan bumiputera untuk bekerja di syarikat bumiputera dan sebaliknya.

 

PIHAK TERLIBAT

 

  • Government-Linked Company (GLC)

 

 

  • Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)

 

 

 

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN PLIP FASA 2

  • Majlis Menandatangani MoU PLIP Fasa 2 pada 11 April 2017 bertempat di Kampus Utar, Sg Long, Selangor bersama 5 IPTS dan 7 GLC.

 

 

 

 

Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Besar

 

 

STATISTIK

 

BILANGAN PELAJAR YANG MENYERTAI PLIP

 

 

Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Terperinci

 

 

 

 

  • Cara Memohon
  • Risalah
  • Video

 

 

 

 

Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Besar