16 Januari 2024 – YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menyampaikan amanat kepada seluruh pegawai dan kakitangan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) serta jentera perpaduan dengan memberi penekanan terhadap transformasi KPN dalam meningkatkan semangat perpaduan, kesukarelawanan, dan pertumbuhan keseimbangan pembangunan sosial dan ekonomi bagi tahun 2024.
YB Menteri Perpaduan Negara menegaskan komitmennya dalam memajukan agenda keamanan dan perpaduan di Malaysia, dengan menggariskan strategi dan inisiatif strategik bagi menghadapi isu dan cabaran semasa. Penekanan diberikan kepada pemerkasaan Kawasan Rukun Tetangga, penghayatan Rukun Negara, penyuburan minat terhadap warisan dan budaya, serta pemacuan agenda digital dan kesukarelawanan.