18 Januari 2024 – Majlis Perjumpaan dan Amanat Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara bertempat di Dewan Muzium Rakyat, Jalan Kota, Melaka (PERZIM) hari ini.
YBhg. Datuk KSU juga telah melawat tapak Pavilion Tahun Melawat Melaka (TMM 2024) di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir Melaka iaitu lokasi Program Bulan Patriotik Negara Malaysia Madani. Program yang bakal dilaksanakan pada Ogos ini akan diterajui oleh JPNIN Melaka selaku Agensi Pelaksana yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Melaka.