SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow 2024 Arrow Galeri Foto Arrow foto mac 2024 Arrow Program Semarak @Muzium Labuan 2024

2 Mac 2024, Labuan - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah merasmikan Program Semarak @Muzium Labuan 2024 dalam usaha memperkukuhkan hubungan antara masyarakat tempatan dengan warisan budaya negara.

YB Menteri Perpaduan Negara berharap agar Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dapat bekerjasama dengan Jabatan Warisan Malaysia (JWM) untuk mengiktiraf Muzium Labuan sebagai bangunan atau tapak Warisan Kebangsaan pada masa akan datang. Muzium Labuan mencatat rekod seramai 1,154,610 pengunjung yang telah mengunjungi premis ini sejak pembukaannya hingga tahun 2023. Ini menunjukkan betapa pentingnya peranan muzium dalam menyampaikan warisan kepada generasi muda.

Muzium Marin Labuan turut mendapat pengiktirafan bagi Rangka Ikan Paus Indian Fin sebagai Objek Warisan Kebangsaan. “Ini merupakan pencapaian besar dan sudah tentu menjadi kebanggaan bukan sahaja penduduk Labuan tetapi juga negara kita Malaysia,” ujar YB Datuk Aaron.

Beliau turut mengumumkan pelaksanaan Sistem Terimaan Hasil Secara Elektronik (Cashless) yang akan bermula pada bulan April 2024. Muzium Negara akan menjadi projek rintis bagi penggunaan sistem ini, diikuti oleh muzium-muzium lain di bawah JMM yang bertiket.

Beliau juga telah melancarkan kalendar acara JMM 2024 yang merangkumi 122 program yang melibatkan 22 buah muzium sebagai usaha untuk merejuvenasikan muzium agar lebih dekat dengan masyarakat.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet